PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 14 APRIL 2020. MARILAH SAMA-SAMA BERDOA SEMOGA WABAK PENYAKIT COVID-19 INI AKAN LENYAP DENGAN IZIN ALLAH.IN SHAA ALLAH..
AlhamduliLLAH, semasa Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ke 3 ini, ianya tidak melunturkan semangat Bahagian Pendidikan Islam S.K. Seri Kundang untuk menghasilkan satu lagi aplikasi baru yang dikenali sebagai e-Ramadhan S.K. Seri Kundang. Semoga ia membawa kebaikan kepada kita semua di bulan Ramadhan 1441 Hijrah.. Sila layari dengan lebih terpinci untuk mengetahui cara mengendalikannya di e-Ramadhan skskundang seperti di link berikut.. https://form.jotform.com/bpisksk7234/e-ramadhan-skskundang
*Nasyid - Ke 2
*Nasyid : Solo terbaik
*Nasyid : Lirik terbaik
Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah atas pencapaian terbaik hari ini.
Tahniah kepada murid-murid yang bertanding.
Terima kasih kepada guru-guru yang melatih/jurulatih, guru pengiring, juga kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Semoga kejayaan ini terus kita kecapi di peringkat daerah nanti hingga ke peringkat kebangsaan..
Teruskan berlatih dan perbaiki setiap kelemahan yang ada.
Semoga.. . Kejayaan milik kita lagi...
Latihan Persediaan Sebelum Hari Pertandingan Mahrajan Al-Quran
Kami seluruh warga guru-guru SK Seri Kundang, khususnya guru Pendidikan Islam & guru Bahasa Arab mendoakan agar kejayaan menjadi milik SK Seri Kundang dalam Majlis Mahrajan Al-Quran yang berlangsung di SK Selayang Jaya, pada hari Khamis, 27/02/2020.. In shaa Allah, dengan izinNya... Semoga berjaya ya❤️❤️☺️☺️❤️❤️
Team Building For Indicating " We Stand Together" Moto
Team Building ini adalah program kali pertama yang dikendalikan oleh KGK SK Seri Kundang. Bilangan guru yang terlibat adalah seramai 102 orang guru. Ianya juga dihadiri oleh warga Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab SK Seri Kundang. AlhamduliLLAH... program ini memberikan impak yang besar dalam perubahan guru ke arah yang lebih dinamik dan maju. ❤️❤️☺️☺️❤️❤️
AlhamduliLLAH.. kemudahan Al-Quran Digital dapat dilangsungkan dengan sempurna.. Pihak sekolah telah mendapatkan sumbangan tersebut dan ianya dapat digunakan dengan baik..
PK kurikulum en. Rizal & PK Hem en. Hawadi sempat meluangkan masa menziarahi adik Iskandar daripada kelas 6 UKM.. Kelihatan adik Iskandar semakin pulih daripada kecederaan kemalangan yang menimpa dirinya beberapa hari lalu.. kami warga guru bilik J-QAF SKSK mendoakan agar adik Iskandar dapat kembali ke sekolah dalam keadaan sihat wal afiat..