PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DILANJUTKAN SEHINGGA 14 APRIL 2020. MARILAH SAMA-SAMA BERDOA SEMOGA WABAK PENYAKIT COVID-19 INI AKAN LENYAP DENGAN IZIN ALLAH.IN SHAA ALLAH..


PENGENALAN


Pengenalan J-QAF

LATAR BELAKANG PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

1.         PENGENALAN

Panitia Pendidikan Islam merupakan salah satu organisasi dalam pengurusan kurikulum sekolah khususnya dalam memantapkan perlaksanaaan dan keberkesanan Pendidikan Islam. Panitia  Pendidikan Islam ditubuhkan atas arahan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986.


2.         FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah.


3.         MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.


4.       OBJEKTIF

Setelah mempelajari Pendidikan Islam Sekolah Rendah murid dapat:

4.1.        Menguasai bacaan al-Quran (sifar Iqra) sebelum tamat Tahun 6.

4.2.        Membaca ayat-ayat terpilih daripada al-Quran dengan betul, fasih, mahir dan bertajwid untuk memperkukuhkan minat dan amalan membaca al-Quran.

4.3.        Menghafaz ayat-ayat al-Quran yang terpilih untuk menambah bacaan dalam solat dan amalan ibadah harian.

4.4.        Memahami maksud beberapa ayat al-Quran dan Hadis yang dipelajari serta menghayati pengajarannya sebagai sumber hukum dan panduan mukmin.

4.5.        Memantap keyakinan pegangan akidah Islamiah serta menghidupkan konsep tauhid secara sedar dalam keseluruhan amalan dan menjadi benteng keagamaan.

4.6.        Memperkukuh dan mempertingkat amalan ibadat-ibadat fardu ain serta memahami sumbangan fardu kifayah sebagai kewajipan umat Islam menyumbang kepada kemajuan hidup di dunia dan di akhirat.

4.7.        Memahami kewajipan menutup aurat dengan sempurna.

4.8.        Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah nabawi sebagai asas pembentukan dan pembangunan insan; ke arah pembangunan tamadun bangsa dan negara.

4.9.        Berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni sebagai tunggak budaya bangsa yang bermaruah.

4.10.     Membaca dan menulis jawi dalam PdPc Pendidikan Islam sebagai satu warisan amalan budaya bangsa.


5.       KPI j-QAF (TAHUN 6)

Penguasaan murid-murid Tahun 6 SK dalam Program j-QAF telah ditetapkan seperti berikut:

Model/Program
KPI Penguasaan
Bacaan Al Quran
91%
Khatam Al Quran
56%
Jawi
91%
Bahasa Arab
87%
Wuduk
100%
Perlakuan Solat
100%
Bacaan Solat
99%


6.       BILIK-BILIK KHAS DI BAWAH PANITIA


6.1.        Bilik j-QAF
Bilik j-QAF diwujudkan sebagai satu platform untuk menjalankan aktiviti PdPc, aktiviti keagamaan, menyimpan bahan-bahan bantu mengajar dan sebagainya.




7.         GPI dan GBA

7.1.        Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Guru Bahasa Arab (GBA) melalui pelaksanaan norma baharu Guru Pendidikan Islam di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas kurikulum, kokurikulum, koakademik dan melaksanakan model-model Program j-QAF mengikut garis panduan yang ditetapkan.

7.2.        GPI telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:
7.2.1.   Mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam KSSR, Pendidikan Islam Prasekolah dan model-model program j-QAF kecuali Model Peluasan Bahasa Arab.
7.2.2.   Melaksanakan Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah serta diajar secara kolaboratif.
7.2.3.   Melaksanakan kokurikulum dan ko-akademik mata pelajaran Pendidikan Islam termasuk program dan aktiviti dakwah di sekolah.


7.3.        GBA telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:
7.3.1.   Mengajar mata pelajaran Bahasa Arab KSSR dan model-model Program j-QAF kecuali Model Khatam al-Quran dan Model Tasmik.
7.3.2.   Melaksanakan kokurikulum dan ko-akademik mata pelajaran Bahasa Arab termasuk program dan aktiviti dakwah di sekolah.


8.         PROGRAM j-QAF

8.1.        Pemulihan Jawi
8.1.1.   PdPc Jawi dilaksanakan dalam bentuk kelas.
8.1.2.   Pemulihan Jawi dilaksanakan dalam bentuk kem 2 kali setahun iaitu sekali setiap penggal persekolahan (Kem Cemerlang Jawi).
8.1.3.   Setiap kem dilaksanakan selama 12 jam (2 hari).

8.2.        Khatam al-Quran
8.2.1.   PdPc dilaksanakan secara kolaboratif mengikut nisbah bilangan murid dan guru.

Bilangan murid
Bilangan guru
1 hingga 14 murid
1 guru
15 hingga 29 murid
2 guru
30 murid dan ke atas
3 guru

8.3.        Tasmik
8.3.1.   PdPc dilaksanakan secara kolaboratif mengikut nisbah bilangan murid dan guru.

Bilangan murid
Bilangan guru
1 hingga 14 murid
1 guru
15 hingga 29 murid
2 guru
30 murid dan ke atas
3 guru

8.3.2.   2 waktu seminggu dikira sebagai waktu mengajar rasmi.

8.4.        Bahasa Arab
3.4.1.   Merupakan mata pelajaran Elektif KSSR dengan peruntukan 3 waktu seminggu.

8.5.        Kem Bestari Solat
8.5.1.   Dilaksanakan 2 kali setahun dengan agihan 1 kali penggal pertama dan satu kali penggal kedua.
8.5.2.   Setiap kem dilaksanakan selama 12 jam (2 hari).

No comments:

Post a Comment